Program Advokasi Klik Dengan Bijak SK Sungai Padas Sandakan
29 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2022, Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kg Sungai Kayu berkesempatan menyampaikan ceramah keselamatan internet kepada pelajar sekolah SK Sungai Padas darjah 5 dan 6. Seramai 145 orang pelajar telah mengikuti program advokasi ini. Ia berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Antara pengisian advokasi, taklimat mengenai PEDi kepada pelajar, oversharing, sexting dan buli siber. Turut bersama PEDi Sim-Sim, PEDi Sebait Padas dan PEDi Batu Sapi.
Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya kanak-kanak tentang kesalamatan internet. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah SK Sungai Padas kerana memberi peluang kepada PEDi untuk berkongsi maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: