Program Perkongsian Bersama Belia dan Komuniti

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2022, kolaborasi diantara MCMC dan UMS telah mengadakan Program Perkongsian Bersama Belia dan Komuniti secara atas talian melalui Webex Meeting. Program ini berlangsung dari pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada semua PEDi di negeri Sabah serta 10 orang komuniti/ahli di setiap PEDi masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah Sesi Forum mengenai Bagaimana Teknologi Internet Membantu Pencari Pekerjaan, Perkongsian Klik dengan Bijak tentang Hak dan Tanggungjawab Belia Sebagai Warga Digital, dan Kuiz MyCyberGenius.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MCMC dan UMS terutama sekali Kumpulan Penyelidik UX, Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS dan Puan Fauziente Abdul Rahman daripada MCMC Sabah kerana sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman sepanjang program berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali