Advokasi Klik Dengan Bijak di Kompleks Sukan Sandakan
14 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2022 PEDi Kluster Sandakan bersama-sama SKMM cawangan Sandakan telah mengadakan program Advokasi KDB di Kompleks Sukan Sandakan sempena Hari Belia Negara 2022. Antara PEDi yang terlibat PEDi PPR Taman Gum-Gum, PEDi PPR Taman Murni, PEDi Kg Sungai Kayu, PEDi Sim-Sim dan PEDi Batu Sapi. Selain daripada program advokasi kami turut mengadakan aktiviti seperti tower block dan kuiz MyCyberGenius kepada komuniti. Pihak PEDi turut memberi hebahan kepada komuniti tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di PEDi dan juga memberi pertunjukkan mencetak model 3D secara live.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: