Advokasi Klik Dengan Bijak Maklumat Palsu di PEDi

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2022 PEDi Kg Sungai Kayu telah mengadakan advokasi klik dengan bijak mengenai maklumat palsu kepada komuniti. Advokasi ini berlangsung selama 30 minit dibilik latihan PEDi Kg Sungai Kayu. Seramai 6 orang pelajar sekolah terlibat dengan advokasi ini. Tujuan advokasi dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang penyebaran berita-berita palsu yang semakin berleluasa khususnya dimedia sosial. Dengan adanya advokasi klik dengan bijak ia dapat membantu komuniti untuk lebih berhati-hati semasa menyebarkan maklumat-maklumat yang ada diinternet. Maklumat palsu atau berita palsu perlu dibendung dengan serta merta bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada masyarakat dan juga kehidupan kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali