Aktiviti Kuiz Klik Dengan Bijak 2022

22 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2022 PEDi Kg Sungai Kayu telah mengadakan pertandingan kuiz Klik Dengan Bijak. Seramai 8 pelajar telah mengikuti pertandingan ini yang berlangsung dibilik latihan PEDi Kg Sungai Kayu. Tujuan kuiz ini dibuat adalah untuk menguji kefahaman dan pengetahuan pelajar-pelajar sekolah tentang keselamatan internet. Kuiz ini dibuat melalui atas talian dimana pelajar harus menjawab soalan-soalan tersebut menggunakan komputer.

Diharap dengan adanya aktiviti seperti ini mampu menarik minat pelajar-pelajar sekolah untuk terus datang mengikuti kelas ICT. Tahniah kepada yang Berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Semoga kuiz KDB ini dapat memberi manfaat kepada mereka semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali