Pertandingan Kahoot Sempena Hari Kebangsaan 2022
22 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Ogos 2022 PEDi Kg Sungai Kayu telah mengadakan pertandingan Kahoot sempena Hari Kebangsaan 2022. Seramai 8 orang pelajar telah mengikuti pertandingan ini dan tahniah kami ucapkan kepada mereka yang telah Berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Pertandingan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan ini dibuat secara atas talian menggunakan laman sesawang Kahoot. Pertandingan dibuat dibilik latihan PEDi Kg Sungai Kayu. Tujuan pertandingan ini dibuat adalah untuk menanam semangat patriotik kepada komuniti khususnya pelajar sekolah. Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos 2022 diseluruh Malaysia.
Pertandingan Kahoot ini berlangsung selama 1 jam dihadiri seramai 8 orang peserta. Diharap dengan adanya pertandingan seperti ini dari PEDi untuk komuniti, ia dapat membantu pelajar-pelajar sekolah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang baik dan sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: