Latihan Memadam Kebakaran PEDi Kluster Sandakan
17 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 September 2022, PEDi Kg Sungai Kayu telah mengikuti latihan memadam kebakaran bersama Bomba Cawangan Sandakan dengan inisiatif bersama PEDi Kluster Sandakan. Latihan ini berjalan selama 3 jam di Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan. Seramai lebih kurang 15 orang peserta yang terlibat dari semua PEDi di Sandakan. Tujuan latihan dibuat ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pengurus dan penolong pengurus tentang cara-cara menggunakan pemadam api dengan betul sekira berlakunya kebakaran. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Bomba Sandakan kerana sudi memberi latihan kebakaran kepada PEDi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: