MIV Bersama Komuniti 2022 Peringkat Negeri Sabah
28 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 dan 27 Ogos 2022, PEDi Kg Sungai Kayu telah mengikuti program MIV Bersama Komuniti peringkat negeri Sabah. Program berlangsung selama 2 hari di Sepilok Jungle Resort anjuran MCMC Cawangan Sandakan. Seramai lebih kurang 30 peserta yang mengikuti program sukarelawan MIV ini. Antara pengisian program pengenalan MIV, inisiatif MCMC lain serta tugas sukarelawan, pemasaran menggunakan media social, produk perbankan Agrobank, perkongsian produk dan perkhidmatan Pos Malaysia, kemahiran insaniah; kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dan penggunaan telefon pintar untuk fotografi, videografi dan aplikasi suntingan.
Turut hadir merasmikan program MIV ini iaitu Pengarah MCMC Negeri Sabah Encik Izani Othman, MCMC Cawangan Kota Kinabalu, MCMC Cawangan Tawau dan MCMC Cawangan Sandakam serta penceramah-penceramah yang turut hadir dan telah dijemput untuk menjayakan program ini. Diharap dengan adanya program sukarelawan MIV ini dapat membantu komuniti memahami tentang keselamatan internet. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya mengikuti program ini dari mula sehingga tamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: