Program Pembangunan Usahawan Bersama PEDi Digi Sabah
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2022, PEDi Digi Sabah telah mengadakan program Pembangunan Usahawan secara atas talian. Antara PEDi-PEDi yang terlibat iaitu PEDi Batu Sapi, PEDi Kg Sungai Kayu, PEDi Kg Botition, PEDi Kg Sungai Imam, PEDi Bubul Lama dan PEDi Pulau Bum-Bum. Penceramah program ini ialah Encik Azlee bin Okee iaitu Pengurus PEDi PPR Taman Sri Rugading Tuaran. Program ini berlangsung selama 3 jam melalui Google Meet.
Seramai lebih kurang 27 orang peserta yang mengikuti program ini termasuk pengurus dan penolong pengurus PEDi dan juga usahawan tempatan. Antara pengisian program perkongsian aktiviti, program dari Encik Azlee selaku pengurus PEDi PPR Taman Sri Rugading, PEDRIKS, cara memulakan perniagaan, bantuan dan geran, sesi soal jawab dan kuiz online. Semoga program seperti ini dapat diteruskan sampai bila-bila dengan misi ingin membantu usahawan tempatan memajukan perniagaan mereka dan menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: