Program Advokasi Klik Dengan Bijak Politeknik Sandakan
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2023, telah berlangsung Program Advokasi Klik Dengan Bijak, di Politeknik Sandakan. Program advokasi ini dilaksanakan oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) daerah Sandakan bersama MCMC Cawangan Sandakan. Program ini berlangsung bermula pada pukul 7 malam sehingga 9 malam di Dewan Politeknik Sandakan. Program ini bermatlamat untuk memberikan kesedaran kepada para penuntut akan pentingnya keselamatan internet.
Antara tajuk advokasi yang telah disampaikan iaitu maklumat Palsu, Buli Siber, Terlebih Kongsi dan Kawalan Kendiri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Politeknik Sandakan kerana memberi peluang kepada PEDi Sandakan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: