Program Microbit Siri 2 PEDi PPR Taman Mesra
13 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Sungai Kayu telah mengadakan Program Microbit Siri 2 di PEDi PPR Taman Mesra. Seramai 11 orang pelajar terdiri daripada sekolah rendah dan menengah telah mengikuti program Microbit ini. Untuk makluman program siri 2 ini merupakan sambungan dari program siri 1 tahun lalu. Alhamdulillah program Microbit mendapat sambutan yang baik dari adik-adik PPR Taman Mesra.
Program berlangsung di bilik latihan PEDi PPR Taman Mesra. Ia bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga pembelajaran selesai. Terima kasih kami ucapkan kepada pengurus PEDi PPR Taman Mesra kerana sudi mengadakan kolaborasi ini. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan ilmu kepada adik-adik semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: