Keusahawanan
Kerepek Pisang Manis Rangup

Perniagaan Kerepek Pisang Rangup bermula pada tahu 2015 diusahakan oleh Puan Masni. Perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan dimana Puan Masni menghantar ke kedai-kedai runcit berdekatan dengan rumah beliau. Strategi perniagaan Puan Masni agak berbeza dengan perniagaan kerepek yang lain dimana beliau mempelbagaikan jenis produk seperti kerepek pisang manis, kerepek pisang tawar, kerepek pisang balado dan sebagainya. Perniagaan Puan Masni bermodalkan dana sendiri dan kemahiran yang Puan Masni dapat adalah melalui kursus dan bantuan kelengkapan barang dari badan kerajaan.
Pada suatu hari Puas Masni datang ke Pusat Internet Sg Kayu dengan niat ingin menjual produk kerepek beliau lalu kami pun menanya kepada Puan Masni sekiranya Puas Masni ingin meletak produk beliau ditempat kami dengan tujuan ingin membantu beliau mempromosi dan menambah pendapatan serta mengikuti kelas ICT. Puas Masni merupakan usahawan kecil yang sangat rajin dan dedikasi. Beliau sentiasa mencari peluang untuk meluaskan perniagaan beliau. Walaupun sibuk Puan Masni sentiasa berusaha untuk meluangkan masa beliau datang ke PI berbual dan bertukar pendapat dengan kami bagaimana untuk melariskan jualan beliau. Hubungi Puan Masni ditalian 011-25235617 untuk tempahan
Kerepek Balado dan Kacang Disco

Sebelum penglibatan PI, Puan Halinah hanya berjual di sekitar tempat tinggal beliau dan beliau tidak pernah mengikuti kelas ICT/Usahawan. Dengan adanya PI di Kg Sg Kayu beliau memberanikan diri untuk melibatkan diri dan datang ke kelas. Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya ada usahawan yang ingin meletak produk jualan mereka di PI dan ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan jualan/perniagaan mereka. Selepas mengikuti beberapa kelas ICT, kini beliau mahir dalam ICT. Hubungi Puan Halinah ditalian 012-8403092 untuk tempahan.
Puan Kasuma Nasri Usahawan Losyen Pocong

Usahawan atas talian, Puan Kasuma Nasri memulakan perniagaan beliau pada tahun 2017 sehingga sekarang sebagai ejen. Antara produk yang beliau jual ialah Super Shine Body Lotion (Losyen Pocong). Beliau secara aktif memasarkan perniagaan beliau melalui Whatsapp dan Facebook. Selain itu, Puan Kasuma turut menjual perbagai jenis tudung seperti bawal dan shawl.
Puan Kasmah Basri Usahawan Sambal Ala Mak Ngah

Puan Kasmah atau lebih dikenali Mak Ngah merupakan seorang usahawan tempatan di Kg Sg Kyu yang sangat dedikasi dan rajin. Beliau juga mengajar usahawan-usahawan kecil dalam industri pemakanan seperti masakkan (kateirng). Sebelum ini beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai ICT dan setelah mengikuti beberapa latihan ICT beliau serba sedikit telah mahir menggunakan ICT dan juga menaip.
Kebiasaannya beliau datang ke PI untuk menggunakan perkhidmatan mencetak dan fotokopi. Beliau merupakan usahawan yang rajin dimana selalu mendapat tempahan catering dan pada masa yang sama beliau menjalankan perniagaan Sambal Ala Mak Ngah. Kami juga turut membantu beliau mempromosikan produk jualan beliau di laman page rasmi kami.
Makanan Basah Nasi Kuning Ayam & Kuih Muih

Perniagaan Puan Marsiah bermula secara kecil-kecilan dimana beliau menjual pelbagai makanan seperti nasi kuning, mee goreng dan kuih muih serta bahan makanan kering seperti kekacang dan kerepek di Kg Sungai Kayu. Puan Marsiah seorang peniaga yang sangat rajin dan komited dengan perniagaanya. Kami mempelawa Puan Marsiah untuk datang ke Pusat Internet dan kami memberikan sedikit penerangan dan pendedahan kepada beliau tentang perniagaan atas talian, kelas usahawan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di Pusat Internet.
Alhamdulillah kami menerima maklum balas yang baik. Usia bukanlah penghalang untuk kita belajar dan menuntut ilmu. Puan Marsiah sikit demi sedikit memahami dan tahu selok belok perniagaan atas talian. Kami turut membantu beliau mempromosikan jualan beliau di laman media sosial kami.
Kerepek Lidah Buaya

Puan Masni Dimin merupakan usahawan atau peniaga makanan kering seperti kerepek pisang. Selain kerepek pisang, Puan Masni turut menjual kerepek lidah buaya. Perniagaan ini seiring dengan kerepek pisang dimana kedua-dua produk yang beliau jual mendapat sambutan yang baik dan selalu menerima tempahan dari kedai-kedai runcit yang ada di Kg Sungai Kayu dan juga diluar kawasan Kg Sungai Kayu.
Kami membantu Puan Masni mempromosikan produk belia dilaman media sosial kami dan belia juga turut menggunakan medium Whatsapp sebagai medium utama untuk berhubung dengan pelanggan yang ingin menempah produk beliau. Ini kerana bagi beliau, ia mudah dan cepat. Fokus kami untuk akan datang ingin membantu beliau menggunakan medium lain seperti Facebook dimana beliau mempunyai page sendiri. Beliau sangat sibuk kerana selalu mendapat tempahan. Kami berharap agar perniagaan Puan Masni sentiasa maju dimasa akan datang. Kerepek lidah beliau sangat rangup dan tidak terlalu manis dengan adunan yang sempurna.